KITA Congratulates KHTP’s Local Authority!

KULIM HI-TECH PARK LOCAL AUTHORITY WINS THE “GREEN & SUSTAINABILITY AWARD” AT THE INDONESIA-MALAYSIA-THAILAND GROWTH TRIANGLE (IMT-GT) REGIONAL BUSINESS EXCELLENCE AWARDS 2026
KUALA LUMPUR, 16 October 2026 – The Kulim Hi-Tech Park Local Authority (PBT TPHTK) has once again made history by receiving the Green & Sustainability Award at the IMT-GT Regional Business Excellence Awards 2026 Gala Dinner, held today at the KLGCC Convention Centre here.
The award was presented by Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Governor of Melaka, and received by Puan Sunita Abdul Aziz, President of PBT TPHTK. Also in attendance was Encik Ahmad Fayadh Abdul Manap, Secretary of PBT TPHTK.
This recognition marks a significant achievement for PBT TPHTK in strengthening its commitment to environmental sustainability, responsible urban management and sustainable development, particularly in supporting the aspirations of Kulim Hi-Tech Park to become a progressive and competitive high-technology industrial park in the region.
More notably, PBT TPHTK was the only local authority in Malaysia to receive this award.
The Green & Sustainability Award recognises organisations or individuals who demonstrate a strong commitment to environmental protection through sustainable business practices.
The award assessment covers five key areas: commitment to environmental sustainability, technological innovation and green solutions, long-term environmental impact, circular economy practices, and social responsibility and community engagement.
Among the key elements considered are efforts to reduce carbon footprints, optimise the use of natural resources, improve energy efficiency and water conservation, minimise waste and pollution, and preserve biodiversity.
The adoption of green technologies, renewable energy, environmentally friendly materials and recycling practices also forms an integral part of the approach to promoting sustainability.
In addition, the award emphasises the importance of achieving positive and measurable long-term environmental impacts, including improvements in air and water quality, ecosystem preservation, and contributions towards the Sustainable Development Goals (SDGs).
Community engagement in raising awareness and promoting wider adoption of sustainable practices is also one of the key aspects taken into consideration.
Receiving this award serves as a strong motivation for PBT TPHTK to further intensify its low-carbon development initiatives, strengthen efficient resource management, and expand the implementation of green practices in service delivery and the development of high-technology industrial areas.
PBT TPHTK remains committed to integrating sustainability principles into area planning and management, while fostering strategic collaboration with stakeholders, communities and the industrial sector to create a greener, cleaner, more resilient and sustainable environment for the benefit of future generations.
This achievement represents more than just recognition; it serves as a catalyst for PBT TPHTK’s continued efforts to realise balanced development that harmonises industrial progress, community well-being and environmental preservation.
PBT TPHTK – Driving Progress, Empowering Sustainability.
#PBTTPHTK
#KulimHiTechPark
#IMTGT
#LowCarbonCity
#GreenTechnology

PIHAK BERKUASA TEMPATAN TAMAN PERINDUSTRIAN HI-TECH KULIM RAIH ANUGERAH “GREEN & SUSTAINABILITY AWARD” DALAM INDONESIA-MALAYSIA-THAILAND GROWTH-TRIANGLE (IMT-GT) REGIONAL BUSINESS EXCELLENCE AWARDS 2026
KUALA LUMPUR, 16 Oktober 2026 – Pihak Berkuasa Tempatan Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim (PBT TPHTK) sekali lagi melakarkan sejarah apabila menerima Green & Sustainability Award pada Majlis Makan Malam IMT-GT Regional Business Excellence Awards 2026 yang berlangsung di KLGCC Convention Centre, di sini, hari ini.
Anugerah yang disampaikan oleh Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka, tersebut diterima oleh Puan Sunita Abdul Aziz, Yang Dipertua PBT TPHTK. Turut hadir Encik Ahmad Fayadh Abdul Manap, Setiausaha PBT TPHTK.
Pengiktirafan ini merupakan satu pencapaian bermakna buat PBT TPHTK dalam memperkukuh komitmen terhadap agenda kelestarian alam sekitar, pengurusan bandar yang bertanggungjawab serta pembangunan yang mampan, khususnya dalam mendukung aspirasi Kulim Hi-Tech Park sebagai taman perindustrian berteknologi tinggi yang progresif dan berdaya saing di rantau ini.
Lebih membanggakan, PBT TPHTK merupakan satu-satunya pihak berkuasa tempatan di Malaysia yang berjaya meraih anugerah tersebut.
Green & Sustainability Award mengiktiraf organisasi atau individu yang menunjukkan komitmen tinggi terhadap pemeliharaan alam sekitar dalam amalan perniagaan mampan.
Penilaian anugerah ini merangkumi lima aspek utama, iaitu komitmen terhadap kelestarian alam sekitar, inovasi teknologi dan penyelesaian hijau, impak alam sekitar jangka panjang, amalan ekonomi kitaran serta tanggungjawab sosial dan penglibatan komuniti.
Antara elemen paling penting yang diberikan perhatian termasuk usaha mengurangkan jejak karbon, mengoptimumkan penggunaan sumber semula jadi, meningkatkan kecekapan tenaga dan penjimatan air, mengurangkan sisa serta pencemaran, di samping memelihara biodiversiti.
Penggunaan teknologi hijau, tenaga boleh baharu, bahan mesra alam dan amalan kitar semula turut menjadi sebahagian daripada pendekatan yang menyokong kelestarian.
Selain itu, anugerah ini turut menekankan kepentingan impak alam sekitar yang positif dan boleh diukur dalam jangka panjang, termasuk peningkatan kualiti udara dan air, pemeliharaan ekosistem serta sumbangan terhadap Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).
Penglibatan komuniti dalam meningkatkan kesedaran dan memperluas amalan lestari juga merupakan antara aspek penting yang diberikan penekanan.
Penerimaan anugerah ini menjadi dorongan kepada PBT TPHTK untuk terus mempergiat inisiatif pembangunan rendah karbon, memperkukuh pengurusan sumber secara cekap serta memperluas pelaksanaan amalan hijau dalam penyampaian perkhidmatan dan pembangunan kawasan industri berteknologi tinggi.
PBT TPHTK akan terus komited untuk mengintegrasikan prinsip kelestarian dalam perancangan dan pengurusan kawasan, di samping menggalakkan kerjasama strategik bersama pihak berkepentingan, komuniti dan sektor industri bagi mewujudkan persekitaran yang lebih hijau, bersih, berdaya tahan dan mampan untuk kepentingan generasi akan datang.
Pencapaian ini bukan sekadar pengiktirafan, malah menjadi pemangkin kepada usaha berterusan PBT TPHTK dalam merealisasikan pembangunan yang seimbang antara kemajuan industri, kesejahteraan komuniti dan pemeliharaan alam sekitar.
PBT TPHTK – Memacu Kemajuan, Memperkasa Kelestarian.
#PBTTPHTK
#KulimHiTechPark
#IMTGT
#LowCarbonCity
#GreenTechnology







